Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

KUNJUNGAN HORMAT SAMSUNG C&T (KL) SDN. BHD. KE MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Samsung C&T (KL) Sdn. Bhd. bagi membincangkan perkembangan Projek Pusat Data SCF1A yang sedang dibangunkan di Mukim Ijok, Kuala Selangor.

Delegasi Samsung C&T diketuai oleh Kim Sunggyeom (SG Kim), Project Manager, yang hadir bagi mengadakan sesi perbincangan bersama pihak MPKS berkaitan pelaksanaan projek serta mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Turut hadir mewakili MPKS ialah Yang Dipertua MPKS, YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, dan Setiausaha MPKS, YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, bersama pegawai-pegawai MPKS.

MPKS mengalu-alukan jalinan kerjasama erat bersama pihak Samsung C&T dalam memastikan pembangunan projek berimpak tinggi ini dapat dilaksanakan dengan lancar, mematuhi segala keperluan perancangan serta memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi dan pelaburan di Kuala Selangor.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS