UCAPAN TAHNIAH
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Amirul Azizan bin Dato’ Sri Abd Rahim atas pelantikan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan), YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi atas pelantikan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan YBrs. Tuan Amri bin Ismail atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan awam serta memperkukuh tadbir urus Negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri yang berterusan.
Ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
#MPKS #KualaSelangor #IndahDanBersejarah #UlangTahunKe5MPKS #PerbandaranPintardanInklusifKeArahKesejahteraanRakyat #KarnivalJomSantai2026 #Tahniah




