Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA DAN CINTAILAH SUNGAI KITA 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Program Hari Cuci Malaysia dan Cintailah Sungai Kita 2026 pada 26 September 2026 (Sabtu) bertempat di Santuari Kelip-Kelip, Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Program ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Hari Cuci Malaysia 2026 yang berlangsung secara serentak di seluruh negara.

Penganjuran Hari Cuci Malaysia 2026 di peringkat kebangsaan menyasarkan penyertaan seramai 200,000 peserta secara serentak di seluruh negara, di samping usaha mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR).

Sehubungan itu, MPKS menyokong hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam memperkukuh budaya kebersihan, menggalakkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar.

Turut hadir YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS; Encik Jefriee bin Ab Manaf, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS; Puan Hjh Mahfuzah Muhammad Tarmidi, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat, KDEB Waste Management Sdn. Bhd.; Mr Keita Hasegawa, Pengarah Urusan, Fujifilm Business Innovation Asia Pacific; serta Mr Yoshitaka Kogo, Pengarah Urusan, Sankyu (Malaysia) Sdn. Bhd., di samping ahli-ahli majlis, para pengarah dan ketua unit MPKS, rakan strategik, peserta, sukarelawan serta urus setia program.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada KDEB Waste Management Sdn. Bhd., Fujifilm Business Innovation Asia Pacific dan Sankyu (Malaysia) Sdn. Bhd. selaku rakan penaja rasmi yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Turut berlangsung Program Gotong-Royong Pasar Awam Pasir Penambang sempena Hari Cuci Malaysia Tahun 2026 Daerah Kuala Selangor pada hari yang sama. Aktiviti melibatkan pembersihan kawasan pasar dan petak peniaga, pengasingan sisa kitar semula, kutipan minyak masak terpakai serta kempen kesedaran kebersihan kepada peniaga dan pengunjung.

Sepanjang pelaksanaan aktiviti di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan Pasar Awam Pasir Penambang, sebanyak 5,180 kilogram sisa telah dikumpulkan, merangkumi 284 kilogram hasil pembersihan sungai di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan 4,896 kilogram hasil pembersihan Pasar Awam Pasir Penambang.

Selain itu, sebanyak 296.94 kilogram minyak masak terpakai turut berjaya dikumpulkan, iaitu 133.30 kilogram di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan 136.64 kilogram di Pasar Awam Pasir Penambang.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen MPKS dalam menyokong aspirasi KPKT serta menggerakkan penglibatan komuniti, agensi kerajaan, rakan strategik dan sektor swasta secara bersama dalam membudayakan amalan kebersihan, pengasingan sisa dan kitar semula demi mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan lestari.

#MPKS #KualaSelangor #HariCuciMalaysia2026 #CintailahSungaiKita #GotongRoyong #MBOR #KPKT #KelestarianAlamSekitar #Kebersihan #KitarSemula #PasarAwamPasirPenambang #SantuariKelipKelipKampungKuantan 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS