Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PROGRAM BAKUL PRIHATIN KOMUNITI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Program Bakul Prihatin Komuniti MPKS Tahun 2026 pada 10 Oktober 2026 (Sabtu), bertempat di Dewan Bandar Baru Kuala Selangor.

Program ini bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup golongan yang memerlukan, khususnya asnaf dan ibu tunggal di daerah Kuala Selangor melalui sumbangan bakul makanan.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS bersama YDH. Dato’ Mohamad Yaacob bin Dato’ Ismail, Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Selangor. Turut hadir Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan MPKS.

Program ini melibatkan seramai 100 orang penerima bantuan yang terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal sekitar daerah Kuala Selangor. Selain penyerahan bakul makanan, para peserta turut mengikuti taklimat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkaitan jenis bantuan kebajikan yang disediakan, syarat kelayakan serta tatacara permohonan bantuan.

Penganjuran program ini mencerminkan keprihatinan MPKS dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan, di samping memperkukuh kesejahteraan komuniti dan memupuk semangat tanggungjawab sosial demi memastikan kebajikan penduduk terus diberikan perhatian.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS