KEJOHANAN E-GAMES PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR TAHUN 2026
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Kejohanan E-Games Piala Yang Dipertua MPKS Tahun 2026 pada 10 Oktober 2026 (Sabtu), bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Kejohanan ini bertujuan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti e-sukan yang sihat dan berdaya saing, di samping mencungkil bakat baharu serta memperkukuh perkembangan sukan elektronik dalam kalangan komuniti.
Gimik perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS bersama Tuan Haji Ahmad Jamzuri bin Mujaini, Timbalan Setiausaha MPKS. Turut hadir YDh. Dato’ Mohamad Yaacob bin Ismail, Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Ahli-Ahli Majlis serta Ketua-Ketua Jabatan MPKS.
Kejohanan ini melibatkan seramai 450 peserta dengan penyertaan pasukan dari Selangor dan beberapa negeri lain termasuk Pahang, Johor, Terengganu serta Kuala Lumpur. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PUBG Mobile dan FC26 Console.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bagi setiap kategori:
FC26 Console Johan: Erzham Amsyar Naib Johan: Taqi Ikhmal Ketiga: Haris Keempat: Alif Mukriz
PUBG Mobile Johan: VAMOS Naib Johan: TEAM 52 Ketiga: 4SEA ESPORT Keempat: DACS XVICTIM
Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Johan: MSU PHOENIX Naib Johan: WAW GAMING Ketiga: OMEGA BANGSAR X GASAK Keempat: RED LEGIONS
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Arutselvi a/p Amalanathan, Ahli Majlis MPKS, diiringi Encik Puspanath a/l Thanabalan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKS.
Penganjuran kejohanan ini menyediakan platform kepada golongan belia untuk mengetengahkan bakat dalam bidang e-sukan, memupuk semangat kesukanan dan persaingan sihat serta mengeratkan hubungan antara komuniti e-sukan. MPKS berharap program seumpama ini dapat diteruskan bagi memperkukuh pembangunan e-sukan di daerah Kuala Selangor.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

