MESYUARAT JAWATANKUASA SIASATAN DAN PENDENGARAN AWAM DRAF RTMPKS 2035 (PENGUBAHAN 1)
Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2035 (Pengubahan 1) telah diadakan pada 13 Oktober 2026 dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Ng Suee Lim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mendengar, meneliti serta mempertimbangkan bantahan dan cadangan yang dikemukakan oleh pemilik tanah, penduduk setempat serta pihak berkepentingan di Daerah Kuala Selangor berhubung cadangan yang terkandung dalam Draf RTMPKS 2035 (Pengubahan 1) di bawah Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bermula pada 8 September 2026 hingga 7 Oktober 2026 (4 minggu).
Turut hadir, Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS; Yang Berusaha TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS; serta wakil PLANMalaysia Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta agensi-agensi teknikal berkaitan.
Mesyuarat ini diurusetiakan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan, Puan Umi Zuhirah binti Ramlan.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

