Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

TAHNIAH KUMPULAN V-TEAM MPKS DI KONVENSYEN ICC/KIK MALAYSIA 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan ucapan tahniah kepada Kumpulan V-Team atas kejayaan meraih penarafan 3 Bintang, Anugerah Poster Terbaik serta Tempat Kedua bagi Kategori Sektor Awam Negeri menerusi projek inovasi My-HARTA.

Kejayaan ini dicapai dalam Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2026 yang berlangsung pada 26 hingga 27 Oktober 2026 di Hotel Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur.

Berteraskan tagline “Inovasi Memacu Kecekapan”, projek My-HARTA dibangunkan bagi mengatasi kekangan akses perkhidmatan fizikal dalam urusan cukai taksiran pada waktu bekerja, khususnya bagi permohonan Pengurangan Cukai Taksiran Orang Kurang Upaya (OKU) secara dalam talian.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen MPKS dalam memperkasa pendigitalan perkhidmatan awam serta memudahkan urusan pelanggan. MPKS juga merupakan satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor yang melaksanakan inisiatif pendigitalan permohonan Pengurangan Cukai Taksiran OKU, selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, inklusif dan mesra rakyat.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada budaya inovasi yang berterusan demi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat.

#MPKS #KualaSelangor #IndahfanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS