Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PEMBERIAN NUTRISEL DAN PERASMIAN MEGA NUTRISEL DAERAH KUALA SELANGOR

Yang Berbahagia Dato' Amirul Azizan bin Abd. Rahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor telah hadir menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Nutrisi Selangor (NUTRISEL) 2026 serta merasmikan Program MEGA NUTRISEL Daerah Kuala Selangor yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Dato' Maharaja Lela pada 3 November 2026.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Mohd Raiz bin Radzuan serta Encik Nizamuddin bin Hj Abdul Majid, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela.

Melalui pelaksanaan simbolik program ini, seramai 267 orang pelajar menerima manfaat NUTRISEL, manakala 801 orang pelajar menerima manfaat MEGA NUTRISEL di Sekolah Kebangsaan Dato' Maharaja Lela.

Program NUTRISEL bertujuan membantu meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah (B40), manakala MEGA NUTRISEL merupakan inisiatif pemberian roti dan susu kotak secara percuma kepada para pelajar melalui kerjasama rakan strategik, Farm Fresh dan Gardenia.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkukuh kebajikan rakyat serta memastikan golongan pelajar mendapat akses kepada makanan berkhasiat bagi menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #NUTRISEL2026 #MEGANUTRISEL #Selangor 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS