Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

TINJAUAN YAB MENTERI BESAR SELANGOR KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMAN

YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor, telah mengadakan pemantauan gerak kerja ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Desa Aman pada 6 November 2026 bagi meninjau situasi semasa banjir serta keadaan penduduk yang terjejas akibat bencana tersebut.

Pemantauan ini bertujuan melihat sendiri pengurusan PPS, mendapatkan maklumat berkaitan keperluan semasa serta memastikan aspek kebajikan dan keselesaan mangsa banjir terus diberikan perhatian.

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor, YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS serta YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS