SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN PENGHARGAAN
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Mulia Datin Paduka Tengku Rohana binti Tengku Nawawi, Pegawai Daerah Kuala Langat atas pengurniaan Darjah Kebesaran Dato’-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S).
Pengurniaan darjah kebesaran ini telah disempurnakan sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor bersempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi tempoh 2001 hingga 2026.
Ikhlas daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah


