Color
Text

Arkib Pengumuman

LOGO
IKLAN JAWATAN KOSONG SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MYSTEP) MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR BIL 2/2024

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, terdiri daripada ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-

WORLD QURAN HOUR 2024
WORLD QURAN HOUR 2024

Semarakkan gelombang Program World Quran Hour dengan membaca surah Al-Jumu'ah pada 4 April 2024 bersamaan 24 Ramadan 1445H dimana sahaja anda berada.

Daftarkan penyertaan program ini pada 4 April 2024 ( Khamis ) sebagai tanda sokongan anda terhadap program ini melalui link https://bit.ly/wqh2024

PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN KEDIAMAN KAMPUNG BAGI TAHUN 2024 KINI DIBUKA
PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN KEDIAMAN KAMPUNG BAGI TAHUN 2024 KINI DIBUKA

Tempoh permohonan bermula dari 1 Mac 2024 sehingga 31 Mei 2024 dan semakan keputusan permohonan boleh dibuat mulai 1 September 2024. Borang Permohonan boleh dimuat turun melalui portal www.mpks.gov.my atau boleh mendapatkan di Kaunter 3, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Ibupejabat MPKS.

Jom Sertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Peringkat Daerah Kuala Selangor Tahun 2024
Jom Sertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Peringkat Daerah Kuala Selangor Tahun 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) bagi tahun 2024. AINS diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang merangkumi Sektor Awam, Sektor Swasta, Akar Umbi, Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mencetus idea baharu yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di Negeri Selangor.

IKLAN
IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Tarikh Iklan : 11 Januari 2024

Tarikh tutup permohonan : 24 Januari 2024

Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.

SALAM TAKZIAH
SALAM TAKZIAH

SALAM TAKZIAH

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Kesavan a/l Vegjin daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPKS telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada petang semalam, 3 Januari 2023.

TREM
WAKTU OPERASI BAHARU PERKHIDMATAN TREM BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR.

WAKTU OPERASI BAHARU PERKHIDMATAN TREM BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR.

Bermula 2 Januari 2024, Perkhidmatan Trem Bukit Malawati, Kuala Selangor hanya akan beroperasi pada jadual berikut:-

Sabtu, Ahad & Cuti Umum 
-Bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat ke Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor untuk menunaikan solat jumaat.

TAHNIAH KEPADA YB. DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD
TAHNIAH KEPADA YB. DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB. Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan Malaysia.

TAHNIAH KEPADA YANG BERUSAHA, TUAN MOHAMAD HANAFE BIN BASRI
TAHNIAH KEPADA YANG BERUSAHA, TUAN MOHAMAD HANAFE BIN BASRI

TAHNIAH

Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada Yang Berusaha, Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor di atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-78 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang diadakan pada 11 Disember 2023 bersamaan 27 Jumadal Ula 1445H.

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN SULTAN SELANGOR
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN SULTAN SELANGOR

Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada semua penerima Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-78 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang diadakan pada 11 Disember 2023 bersamaan 27 Jumadal Ula 1445H.

 

Senarai Penerima : 

PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN 2024
PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN 2024

PEMAKLUMAN

Semua peniaga berlesen dalam kawasan MPKS adalah diingatkan supaya memperbaharui Lesen Perniagaan 2024 sebelum 31 Disember 2023.

Urusan pembaharuan lesen kini lebih mudah secara dalam talian di laman iP3KS https://ip3ks.mpks.gov.my/ . (Hanya lesen "serta merta" sahaja "berwarna hijau")

TUAN MOHAMAD HANAFE BIN BASRI
SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TUAN MOHAMAD HANAFE BIN BASRI

Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada Tuan Mohamad Hanafe bin Basri ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuala Selangor mulai 1 Disember 2023.

PenutupanAkaun
PENUTUPAN SEMENTARA SALURAN PEMBAYARAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

PEMAKLUMAN

Penutupan sementara saluran pembayaran sempena penutupan akaun bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.