Scan for Online Application Payment (iP3KS)
Arkib Pengumuman
Tempoh permohonan bermula dari 1 Mac 2024 sehingga 31 Mei 2024 dan semakan keputusan permohonan boleh dibuat mulai 1 September 2024. Borang Permohonan boleh dimuat turun melalui portal www.mpks.gov.my atau boleh mendapatkan di Kaunter 3, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Ibupejabat MPKS.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) bagi tahun 2024. AINS diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang merangkumi Sektor Awam, Sektor Swasta, Akar Umbi, Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mencetus idea baharu yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di Negeri Selangor.
Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan : 11 Januari 2024
Tarikh tutup permohonan : 24 Januari 2024
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.
SALAM TAKZIAH
Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Kesavan a/l Vegjin daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPKS telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada petang semalam, 3 Januari 2023.
WAKTU OPERASI BAHARU PERKHIDMATAN TREM BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR.
Bermula 2 Januari 2024, Perkhidmatan Trem Bukit Malawati, Kuala Selangor hanya akan beroperasi pada jadual berikut:-
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
-Bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang
DAULAT TUANKU
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat ke Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor untuk menunaikan solat jumaat.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB. Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan Malaysia.
TAHNIAH
Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada Yang Berusaha, Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor di atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-78 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang diadakan pada 11 Disember 2023 bersamaan 27 Jumadal Ula 1445H.
Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada semua penerima Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-78 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang diadakan pada 11 Disember 2023 bersamaan 27 Jumadal Ula 1445H.
Senarai Penerima :
PEMAKLUMAN
Semua peniaga berlesen dalam kawasan MPKS adalah diingatkan supaya memperbaharui Lesen Perniagaan 2024 sebelum 31 Disember 2023.
Urusan pembaharuan lesen kini lebih mudah secara dalam talian di laman iP3KS https://ip3ks.mpks.gov.my/ . (Hanya lesen "serta merta" sahaja "berwarna hijau")
Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada Tuan Mohamad Hanafe bin Basri ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuala Selangor mulai 1 Disember 2023.
PEMAKLUMAN
Penutupan sementara saluran pembayaran sempena penutupan akaun bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.
Jom ramai-ramai santai bersama sambil berkarya bersama artis-artis mural dari Art Batallion. Cungkil minat dan bakat seni bersama kami di Dataran Astaka Tanjong Karang.
Jumpa anda disana.
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merangkul 2 anugerah emas iaitu pengiktirafan tertinggi di dalam International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2023 di Beijing, China.
Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan : 24 Oktober
Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2023
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.