Color
Text

Arkib Pengumuman

PEMAKLUMAN PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN 2026
PEMAKLUMAN PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN 2026

Semua pemegang lesen perniagaan adalah diwajibkan untuk memperbaharui lesen perniagaan bagi tahun 2026.

Pembaharuan boleh dibuat melalui:

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
IKLAN KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Tarikh Iklan : 06 Januari 2026

Tarikh tutup permohonan : 16 Januari 2026

Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.

PEMAKLUMAN TAPAK PENJAJA BAHARU
PEMAKLUMAN TAPAK PENJAJA BAHARU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa orang ramai yang berminat untuk menjalankan perniagaan di Tapak Penjaja Baharu Jalan DC 4/1, Desa Coalfields.

πŸ”Ή Jumlah petak disediakan: 30 petak

SESI PEMILIHAN PEMAIN PETANQUE MAKSAK SELANGOR TAHUN 2026
SESI PEMILIHAN PEMAIN PETANQUE MAKSAK SELANGOR TAHUN 2026

π’π„π’πˆ ππ„πŒπˆπ‹πˆπ‡π€π ππ„πŒπ€πˆπ 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐐𝐔𝐄 πŒπ€πŠπ’π€πŠ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”β—οΈβ—οΈβ—οΈ

SELAMAT TAHUN BARU 2026
SELAMAT TAHUN BARU 2026

Tahun baharu membuka lembaran baharu untuk Majlis Perbandaran Kuala Selangor terus berkhidmat dengan penuh integriti, kecekapan dan komitmen demi kesejahteraan warga Kuala Selangor.

Semoga tahun 2026 membawa kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran berterusan buat seluruh komuniti Kuala Selangor.

PELUANG PERNIAGAAN UNTUK PENJAJA & PENIAGA TEMPATAN
PELUANG PERNIAGAAN UNTUK PENJAJA & PENIAGA TEMPATAN

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka peluang kepada orang awam yang berminat untuk mengisi kekosongan tapak perniagaan di Tapak Penjaja Jalan DC 4/1 dan Tapak Bazar Ramadan Jalan DC 4, Desa Coalfields.

Sebanyak 30 petak disediakan dengan waktu perniagaan setiap Jumaat hingga Ahad, bermula jam 7.00 malam hingga 12.00 pagi.

PERINGATAN KEPADA SEMUA PENJAJA
PERINGATAN KEPADA SEMUA PENJAJA

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap penjaja yang tidak berniaga di tapak penjaja yang telah diluluskan. Tindakan penguatkuasaan termasuk kompaun dan sitaan akan dikenakan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2025
SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2025

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh masyarakat Kristian.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kedamaian dan kesejahteraan bersama keluarga serta insan tersayang. Teruskan semangat perpaduan dan keharmonian demi kesejahteraan komuniti Kuala Selangor yang sejahtera.

MALAM SANTAI KEBUDAYAAN & SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2026
MALAM SANTAI KEBUDAYAAN & SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput seluruh warga Kuala Selangor untuk memeriahkan Malam Santai Kebudayaan & Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 pada 31 Disember 2025, bermula jam 8.00 malam di Dataran Malawati, Kuala Selangor!

PERMOHONAN BAZAR RAMADAN DAN BAZAR RAYA 1447H / 2026M
PERMOHONAN BAZAR RAMADAN DAN BAZAR RAYA 1447H / 2026M

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka permohonan kepada orang awam yang berminat untuk mengisi kekosongan tapak Bazar Ramadan dan Bazar Raya anjuran MPKS bagi tahun 1447H / 2026M.

πŸ—“ Tarikh Permohonan:

22 hingga 31 Disember 2025

DIRGAHAYU TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-35 Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, pada 12 Disember 2025 / 21 Jumadal Akhirah 1447H.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

Semoga Allah lanjutkan usia dan pemerintahan Tuanku, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.

MAKLUMAN OPERASI SANTUARI KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN
MAKLUMAN OPERASI SANTUARI KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN

Pusat Pelancongan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan akan kembali beroperasi setiap hari bermula 3 Disember 2025 (Rabu).

⏰ Waktu Operasi:

7.30 malam – 10.30 malam

Nikmati pengalaman menyusuri Sungai Selangor sambil melihat keindahan kelip-kelip yang memukau.

PROGRAM β€œCONSERVATION OF FIREFLIES”
PROGRAM β€œCONSERVATION OF FIREFLIES”

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama FRIM dan JPS menjemput seluruh komuniti untuk memeriahkan Program Conservation of Fireflies pada:

πŸ“… 6 Disember 2025 (Sabtu)

PROGRAM KESIHATAN & JELAJAH PSIKOLOGI KUALA SELANGOR 2025
PROGRAM KESIHATAN & JELAJAH PSIKOLOGI KUALA SELANGOR 2025

Program Kesihatan & Jelajah Psikologi Kuala Selangor 2025

β€œSejahtera Emosi, Sihat Komuniti”

Mari sertai program kesihatan terbesar daerah Kuala Selangor!

Satu acara yang menghimpunkan kesihatan fizikal, mental, komuniti & hiburan sihat untuk semua.